Sunday, March 14, 2010

~soksek hari perkahwinanku~

dah lama rasenye aku tak hupdet blog aku ni.. sibuk sangat sekarang ni lah.. alhamdulillah.. sekarang aku dah selamat bergelar isteri kepa MR.HERO.. hehe.. n yg lebih mengembirakan aku, kini aku sedang mengandungkan anak sulung kami.. Alhamdulillah.. tuhan nk bg kan.. meh aku nk story sket sepanjang majlis perkahwinan aku.. tanggal pukul 10.30pm pd 12.feb.2010, aku selamat dinikahkan dengan suamiku tercinta.. ramai jugaklah kaum keluarga yg hadir mlm tu.. aku dah suami memakai persalinan warna beige gold malam tu.. dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri kepada lelaki yg amat aku cintai.. dengan linangan airmata aku menadah tangan memanjat kesyukuran kehadrat ILAHI.. selesai tu bese la upacara membatal air sembahyang dan sarung cincin nikah.. selepas itu, balik umah ade jamuan sikit n sesi bergambar.. keesokan harinya, majlis persandingan di rumahku.. seawal pukul 11.30am, aku dihias indah oleh mak andamku dengan persalinan berwarna merah putih (kebetulan time tu CNY ok.. hehe).. sungguh cantik.. setelah pihak lelaki sampai bersama askar2nya (pegawai2 tu lambat sangat sampai.. dekat pukul 2 br kami berarak), maka kami pun terus melaksanakan upacara sword barrel dan bersanding.. keadaan cuaca masa tu sangat panas... tapi semua org happy.. lepas sanding n makan beradap, ada plak lah terselit progran lucky draw.. hehe.. ni pun ade org sponsored tau.. hehe.. thanks for those yang terlibat secara langsung dan tak langsung dengan persiapan hari bahagia ku ini.. sesungguhnya tanggal 12/13.feb.2010 adalah hari yg akan ku ingat seumur hidupku.. gap majlis umah aku n MR.HERO dekat 2 minggu so kami mengambil keputusan nak honeymoon kat tgh2 tu.. kami memilih pulau pangkor sebagai destinasi utk berhoneymoon.. hehe.. best jugaklah berjalan2 kat sana.. lepas tu kami terus pulang ku kuala kangsar utk majlis menyambut menantu disana.. kenduri disana pula pada 27.feb.2010.. ketika itu tema majlis adalah biru putih (MR.HERO anak pegawai polis.. heheh).. majlis disana lebih santai kerana mak mertuaku memilih konsep garden wedding.. aku memakai persalinan kebaya ala gaun.. hmm selesai majlis tu maka selesaikan majlis perkahwinanku.. aku berasa sungguh lega.. n now.. aku bahagia dengan kehidupan baruku.. n tak lama lagi kami bakal bergelar mummy n abah... thanks god.. Kau telah menganugerahkan aku life yang penuh dengan kebahagiaaan dan kegembiraan ini.. Amin..