Thursday, January 7, 2010

~persiapan hari bahagiaku ~

..rehearsal bersanding.. hehehe
Sedar tak sedar tinggal sebulan je lagi majlis perkahwinanku akan berlangsung.. Alhamdulillah setakat ini, segala persiapan telah hampir selesai.. urusan baju pengantin, khemah, pelamin, fotographer n etc lah.. Urusan permohonan nikah pula telah hampir selesai.. Aku kini hanya menanti urusan EN.HERO selesai dan selepas tu aku hanya tinggal untuk menghantar borang aku dan jika diizinkan tuhan, maka selesailah urusan kami dan dapatlah kami diijab kabul apabila tiba saatnya nanti.. Seronok melihat ibu bapa kami sibuk melakukan persiapan.. maklumlah masing2 mahu menerima menantu sulung dalam keluarga.. masing2 berlumba2 utk menjadikan majlis perkahwinan kami nanti sesuatu yg indah.. terima kasih semua.. Apalah yg lebih membahagiakan hati seorang gadis selain impian untuk hidup bersama insan tersayang tercapai.. aku bahagia menghitung detik2 bahagia kami yg bakal menjelang.. aku sentiasa berdoa moga2 jodoh kami dipanjangkan dan majlis perkahwinan kami bakal terlaksana tidak lama lagi.. moga2 segalanya berjalan dengan lancar.. agak2nya macamanalah majlis kami nanti tu yer.. bagaimanalah rupakan bile menjadi seorang pengantin.. hati ni bagai tak sabar nak menjadi ratu sehari disamping EN.HERO yg pasti segak bergaya dalam uniform istiadatnya.. hmm moga2 kebahagiaan ini kekal milik kami.. doakan kami ya..amin..


No comments:

Post a Comment