Friday, July 1, 2011

Bila hati mula berkata..

Sob..Sob..Sob...Sob...

Semua orang tengok  Cik Nurul ni sentiasa happy.. Sentiasa bergembira.. Tapi tahukan semua kadang-kala Cik Nurul sedey.. Cik Nurul menangis dalam hati.. Sedu sedan Cik Nurul seorang diri berkurung di dalam bilik yang Mak dan Abah Cik Nurul sediakan untuk Cik Nurul dah suami Cik Nurul masa hari perkahwinan Cik Nurul sedikit masa dulu... Segalanya terkenang kembali dikala Cik Nurul seorang diri.. Menitis lagi airmata Cik Nurul..

Apa yang Cik Nurul fikirkan?? Entahlah.. Fikir nasib Cik Nurul yang berjauhan dengan suami Cik Nurul kerana suami yang terikat dengan tugasnya.. Lagipun, tak ade siapa yang memaksa Cik Nurul untuk memilih seoarang lelaki yang bernama NIRSHASA itu untuk menjadi suami Cik Nurul.. Semua itu adalah kehendak sendiri.. Jadi berani buat keputusan beranilah Cik Nurul menanggung segala buruk dan baiknya.. Cik Nurul bukan nak menyesali nasib, hanya bermuhasabah diri..

Apa lagi yang berlegar di fikiran Cik Nurul?? Soal ANAK... Ya soal keinginan Cik Nurul untuk memberi zuriat pada suami Cik Nurul tercinta.. Cik Nurul sangat cemburu melihat kawan-kawan Cik Nurul yang telah/bakal menjadi ibu.. Alangkah Cik Nurul berharap sangat ingin memangku bayi yang Cik Nurul lahirkan sendiri dari rahim Cik Nurul.. Bayi yang menjadi pengikat kasih Cik Nurul dan suami... Alhamdulillah Cik Nurul dah pulih dari penyakit yang menghalang Cik Nurul dari mengandung..

'YA ALLAH, KURNIAKANLAH AKU SEORANG ZURIAT SEBAGAI PENYAMBUNG KETURUNAN UMAT ISLAM DAN SUAMIKU...."

Hati Cik Nurul hanya hati seorang wanita yang pada zahirnya seperti kuat tapi hakikatnya lemah.. Betul kata pujangga.. HATI WANITA ADALAH SEPERTI KERAK NASI..Kadangkala Cik nurul rasa Cik Nurul dah cukup kuat untuk menempuuh segala dugaan dan nafsu.. Tapi setelah bertimpa-timpa dugaan melanda, akhirnya hati Cik Nurul ini luluh jua.. Ada ketikanya Cik Nurul menangis teresak-esak apabila tak tertahan menanggung dugaan yang melanda.. Tapi Allah itu maha adil, Cik Nurul dikurniakan suami yang sentiasa berada disisi Cik Nurul.. Syukur Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment