Sunday, March 20, 2011

~sesungguhnya aku seorang isteri~


Ya Allah... Ampunilah dosaku.....

tadi en.hubby bawa aku keluar jalan2... makan2.. tgk wayang... dan kami pergi beli barang dapur.. lumrah seorang perempuan bila berada di shopping complex.. mesti nak tengok bende2 yang menarik minat seperti kasut, handbeg,or etc.. macam tu juga aku.. selalunya aku tak berani nak minta dari en.hubby...

TAPI,

 tadi aku meminta utk dibelikan sesuatu... tapi en.hubby tak belikan.. aku faham.. keingginan aku bukanlah dalam kategori keperluan pun...

MAKA...

timbulah rasa marah yang amat pada suamiku itu... sehingga aku menarik muka yang tak sepatutnya aku tunjukan pada suamiku... dalam hati aku marah.. mengeluar kata2 yang MASYAALLAH... tak pantas aku tuturkan hatta didalam hati... SYAITAN pasti bergembira bersorakkan diatas kelakuanku... ASTAGFIRULLAH......

AKHIRNYA....

setelah aku fikirkan2.. berdosanya aku... tak terfikir ke aku suami aku dah bawa aku jalan2... tengok wayang.. bawa aku pergi makan diluar.. walaupun beliau penat sebab bertugas semalam.. masih sanggup die bawa aku keluar... sewaktu aku sakit, siapa yang sanggup berulang ke hospital siang,ptg dan malam utk menjagaku.. siapa yang menenangkan ku tatkala aku kesakitan, kesedihan.. siapa yang menyokongku tatkala semua org memarahiku.. siapa yang tersenyum tatkala aku gembira walaupun sebenarnya dia sedang tertekan dengan kerja2nya... siapa lagi kalau bukan kau SUAMIKU TERCINTA.. apakah aku tidak mensyukurinya??? tidak aku ucapkan terima kasih padanya.. malah aku marah pula... Ya Allah... ampunilah diriku ini.. sesungguhnya aku berdosa pada suamiku.... takutnya aku andai tidak dapat ku cium bau syurgaMu Ya Allah...

catatan ini bukan untuk bertujuaan membuka aib sendiri.. sekadar luahan rasa hati dan iktibar pada kawan2 ku sekalian.. janganlah kita terlalu pengikut hawa nafsu keinginan kita hingga membuatkan diri sendiri menerima saham dosa... kadang2 suami kita tidak berkata apa, hanya tersenyum, atau turutkan saja kemahuan kita.. tapi dalam hatinya siapa yang tahu.. fikir2kan laaaa.........................

SUAMIKU.....
maafkan mama atas segala kesilapan mama... ampuni dosa2 mama pada papa.. sesungguhnya syurga mama adalah dibawah telapak kakimu sayang... halalkan makan dan minum mama... mama sayang papa... sesungguhnya mama bersyukur kerana Allah menghadiahkan mama dengan kurniaan yang sangat bermakna apabila mempertemukan kita... seterusnya Allah sekali lagi kurniakan mama kurniaan yang tidak ternilai dengan menemukan jodoh kita.. terima kasih Ya Allah... sesungguhnya aku menyintaimu suamiku.. terlalu menyintaimu...



No comments:

Post a Comment