Sunday, October 23, 2011

Sedapkah hidupmu wahai si batu api...

Si 'Batu Api'.. gelaran buat seorang manusi yang sentiasa suka menambah perasa setiap kali orang lain berada dalam kemarahan atau pun seorang penglipurlara yang mencerita hal kepada orang lain dengan cara niat mahu orang semkin membenci, marah atau meluat pada sesuatu atau orang lain.. Bestkah hidup si Batu Api ini?? Bukankah sebagai umat sesama Islam kita dituntut untuk mendamaikan orang yang sedang marah atau berada di dalam kekacauan emosi.. ~ini pendapat saya la... Maaflah kalau ada yang silap....

Mungkin saya pernah menjadi si Batu Api tanpa saya sedari.. Ya Allah ampunilah aku.. Saya menaip bukan untuk mencari kesilapan atau keburukan rupa.. Tapi hanya melontar pendapat saya sahaja.. Saya pernah terbaca bahawasanya.. Seseorang yang gemar memusuhi atau bergaduh sesama manusia lain adalah calon neraka..~juga maafkan saya jika saya tersilap.. Saya tak pernah berkata saya ni baik, alim, pandai, bijak dan menunding jari untuk mengatakan orang lain tu buruk, jahat, hodoh.. Kerana saya sedar bahawasanya saya juga manusia biasa yang bersifat baru yang sentiasa akan melakukan kekhilafan.. Jadi maafkan saya jika ada yang berasa benci, dendam, meluat, menyampah dengan diri saya..

Saya mengaku aku pernah mengikut kata hati ini tanpa berfikir panjang sehingga menimbulkan persengketaan antara saya dan orang lain.. Tapi saya sudah berusaha untuk tidak menjadi seperti itu lagi.. Ada juga orang2 yang sudah lama menyimpan amarah dan dendam pada saya.. Tapi apa yang boleh saya perbuat selain meminta maaf dan meneruskan kehidupanku.. Jika dia masih ingin bersengketa dengan cara membatu apikan orang lain.. Silalah.. Saya minta maaf awal2 kerana saya tidak punya banyak masa untuk itu lagi.. Saya berkawan dan pada mereka yang tidak berminat cara saya berkawan saya minta maaf dan saya pergi.. Tidak akan ada permasalahan untuk saling menyakit hati.. Lagipun saya sedang berbadan dua.. Tak mahu membebankan fikiran dengan permasalahan seperti ini lagi..

Maafkan saya sekali lagi andai entri ini akan membuat hati sesapa terasa.. Saya hanya ingin melontar pendapat dan andai ada yang tersinggung.. Maafkan saya..

No comments:

Post a Comment