Monday, April 11, 2011

perubahan buat suami tercinta..

salam dan hye semua....

    arini cik nurul nak wat entri pasal cik nurul akan membuat beberapa perubahan dalam hidup cik nurul nih... setelah setahun lebey cik nurul bergelar isteri, arini cik nurul dah nekad untuk membuat perubahan ini... dah mendapat seru mungkin... :-)

  perubahan yang cik nurul nak wat adalah cara berpakaian cik nurul.. cik nurul dah nekadkan hati ini untuk menjadi isteri yang terbaik buat beliau... kalo sebelum2 ini cik nurul tidaklah berpakaian yang seksi.. cuma masiih tidak mengikut lunas2 islam.. baju yang agak singkat sedikit.. tudung yang agak tinggi dari aras dada.. kini cik nurul akan cuba memakai pakaian yang melebihi paras punggung.. tudung yang menutupi dada... juga kalau boleh baju yang tidah menampakkan susuk tubuh..~akan cuba memperbaikinya dari sehari ke sehari..

    cara berFB pun cik nurul akan cuba ubah.. no more status yang merepek2.. atau pengantungan masalah rumah tangga cik nurul.. insyaAllah.. semua ini adalah cik nurul dah sedar.. cara cik nurul bercakap, cara cik nurul berpakaian, cara cik nurul bawa diri adalah MARUAH suami cik nurul.. mungkin selama ini cik nurul pandang remeh benda2 ini semua.. tapi kini cik nurul dah sedar.. cik nurul perlu menjadi diri ini demi menjaga nama baik suami cik nurul...

      mungkin ade orang kata cik nurul berfikiran kolot.. tapi cik nurul yakin ini adalah yang terbaik buat cik nurul dan suami.. mungkin ada suara-suara sumbang yang mengatakan usia cik nurul skang ni adalah usia untuk menikmati kehidupan.. tapi pada fikiran cik nurul, adakah keseronokan dunia menjamin rumahtangga cik nurul ini akan dirahmati dan diberkati oleh Yang Maha Esa?? tidakkan?? ADA CARA DAN BATAS UNTUK KITA MENIKMATI KESERONOKAN DUNIA..

   mungkin selama ini suami cik nurul tidak pernah tegur atau bercakap apa-apa.. tapi ini bukanlah lesen untuk cik nurul akan terus khayal dengan duniawi sahaja.. kini cik nurul dah sedar.. dah terlalu jauh cik nurul melangkah dalam kehidupan ini.. BUAT SUAMIKU TERCINTA, EN.MD NIRSHASA MD SALLEH.. mama sayangkan papa.. dan mama akan cuba untuk menjadi isteri yang terbaik buat papa.. isteri yang memahami.. isteri yang menjadi HARTA AKHIRAT YANG SANGAT MENGUNTUNGKAN buat papa.. mama akan cuba sedaya upaya untuk berubah... cinta mama pada papa adalah cinta yang agung dan ianya datang ikhlas dari hati mama.. cinta mama pada papa hanya kena Allah.. terima kasih kerana memilih mama sebagai isteri papa, sebagai peneman hidup papa dalam papa melayari bahtera kehidupan ini... semoga perkahwinan kita ini kekal hingga ke akhir nafas kita berdua.. amin...



terima kasih suamiku atas kesudianmu menerimaku sebagai isterimu... 12.feb.2010..
                                       

No comments:

Post a Comment