Sunday, April 24, 2011

rindu yang datang...

  Arini baru Cik Nurul sedar yang Cik Nurul masih tak bersedia untuk duduk jauh dengan En.Hubby Cik Nurul itu..Setelah hampir setahun Cik Nurul duduk berasingan dengan beliau, belum puas Cik Nurul nikmati kenikmatan dan kebahagiaan duduk bersama kini Cik Nurul kene duduk berjauhan lagi.. :'( Minggu ni minggu terakhir Cik Nurul duduk serumah dengan beliau.. Dapat tengok beliau hari2.. Masakkan beliau hari2.. Cik Nurul masih belum bersedia.. Tapi siapalah Cik Nurul untuk mnghalang kehendak tugas beliau.. :'(

  Cik Nurul akan balik umah ayahda bonda Cik Nurul Ahad ni.. InsyaAllah.. Terpaksa balik awal sebab Cik Nurul akan mula berkerja pada 3hb Mei 2011.. Alhamdulillah rezeki datang tanpa Cik Nurul duga.. Berat hati Cik Nurul nak terima tawaran bekerja itu.. Namun, Cik Nurul cekalkan juga.. Pujuk hati yang semakin hari semakin sedih menghitung saat mahu berjauhan.. Cik Nurul masih tak puas bermanja dengan En.Hubby.. :'(

  Walaupun macam tu, Cik Nurul sedar yang Cik Nurul kene kuat untuk terima semua situasi ni.. Semua ini adalah dugaan.. Cik Nurul kene KUAT..!! Saat ini pun Cik Nurul tak puas melihat wajah En.Hubby tido.. Sayang sangat rasanya Cik Nurul nak lelapkan mata nih.. Nak tatap wajah suami tersayang tu puas2.. Lepas ni hujung minggu je Cik Nurul jumpa beliau.. :'(

  Tadi Cik Nurul bergelak ketawa dengan En.Hubby.. Bergurau-gurau dengan beliau.. Ketawa, senyum, semua tu lepas nih Cik Nurul hanya dapat masa hujung minggu.. Ya Allah kenapa dengan Cik Nurul nih.. Mengapa berat kali nih Cik Nurul nak lepaskan suami Cik Nurul tu untuk melakukan tugasnya.. ;'( Bukan ini kali pertama Cik Nurul alami situasi macam ni.. Bila memikirkan perkara ni buat Cik Nurul rasa sedih yang amat sangat.. Saat Cik Nurul menulis nukiln hati Cik Nurul ini, airmata laju mengalir di pipi macam air sungai yang mengalir deras menyusuri denai..

  Cik Nurul sedar ini adalah situasi dan dugaan yang Cik Nuruk terpaksa lalui setelah bergelar isteri seorang tentera.. Perkara seperti ini akan sentiasa berlaku dalam kehidupan Cik Nurul dan suami.. Mujur jugalah unit beliau ni tak ade operasi.. Kalo tak lagi lah Cik Nurul sedih.. Cik Nurul mungkin nampak happy.. Mungkin nampak seronok... Tapi sebenarya Cik Nurul tak kuat.. Cik Nurul masih menangis sendirian... Bukan niat nak merungut atau menyesali nasib.. Hanya meluahan rasa hati yang semakin bergelodak dan cuba mencari kekuatan diri.. Cik Nurul berdoa semoga Cik Nurul kuat untuk menghadapi semua dugaan ini. Amin..

   Cik Nurul percaya..Walau kemana dan sejauh mana pun En.Hubby pegi.. Dia tetap menyayangi Cik Nurul seperti dulu dan Cik Nurul sentiasa dihatinya... Cik Nurul YAKIN ITU..



Kaulah perwiraku.. Selamat jalan sayang... KAPT. NIRSHASA..

                                                  
sentiasa ku nanti kepulanganmu wahai kanda satriaku..
                                                   

2 comments:

  1. so sweet.....sedihkan nk berjauhan...wanie fhm..cmtu jugak wnaie rs bila balik kl n tgal hubby kt perlis...tp insyaAllah nt nurul dpt sesuai dgn keadaan...nurul da dpt keje kt mn?

    ReplyDelete